top of page

CAFE Steseng.co

Diploma Pengurusan Resort (DHR) merupakan sebuah program yang bukan sahaja memberikan pelajar pengetahuan yang luas tentang pengurusan dan operasi resort tetapi juga merangkumi pemasaran tentang aspek keusahawanan dan pemasaran. Bagi memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar, mereka akan didedahkan dengan dunia perniagaan sebenar melalui penubuhan Inkubator DHR. Inkubator ini adalah melalui penubuhan kafe Steseng.co yang berasaskan kepada penawaran produk makanan dan minuman bagi mewujudkan kepelbagaian produk yang ditawarkan khususnya kepada warga PHT.

​

Penubuhan Inkubator DHR adalah berasaskan kepada penawaran produk makanan dan minuman kepada warga PHT. Pelajar-pelajar yang mengendalikan inkkubator ini akan terlibat dalam aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan kewangan melalui perkongsian ilmu secara teori dan perlaksanaan secara praktikal.

 

Secara umumnya, perlaksanaan Inkubator ini dimulakan oleh seorang pelajar iaitu Ahmad Rauhah bin Ahmad Roslan (DHR 3A) yang telah terpilih untuk mendapat dana daripada Bank Rakyat sebanyak RM3000.00 melalui program Bank Rakyat Unipreneur 4.0. Pendanaan untuk penubuhan inkubator baru juga telah disalurkan oleh JPPKK sebanyak RM500.00 bagi tujuan latihan kepada pelajar terbabit. Melalui dana tersebut membolehkan pelajar berkenaan untuk memulakan perniagaan dengan dibantu oleh empat orang pelajar yang juga dari program DHR dalam operasi perniagaan.

 

Inkubator ini akan menyasarkan kepada pelanggan utama iaitu staf dan pelajar PHT secara offline dan juga online. Penggunaan secara digital ini juga akan memberikan impak yang lebih besar dari sudut jualan dan pemasaran.

Meet the Team

adlina.png

PUAN NUR ADLINA BINTI HAJI 

MENTOR

ahmad rauhah.png

AHMAD RAUHAH BIN AHMAD ROSLAN

DHR 3A

MUHAMMAD NUR AIMAN.png

MUHAMMAD NUR AIMAN  ABDUL AZIZ

DHR 3A

​

ABDUL HAKIMI.png

ABDUL HAKIMI BIN AWANG

DHR 3A

MUHAMMAD ADAM HARIS.png

MOHD ADAM HARIS BIN MD NOR AZMI

DHR 3B

MUHAMMAD AIDIL IMRAN.png

MUHAMMAD AIDIL IMRAN BIN IMAN

DHR 3B

bottom of page