top of page
pht2.png

Unit Keusahawanan    @ PHT

Bagi merealisasikan program pembangunan keusahawanan di peringkat politeknik, Unit Keusahawanan PHT telah ditubuhkan dalam usaha untuk mendokong Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik. Unit Keusahawanan merupakan sebuah unit sokongan akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pengarah Politeknik. Unit Keusahawanan bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan. Di samping itu, Unit Keusahawanan juga akan melahirkan lebih ramai lagi bilangan graduat usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi ke arah pencapaian status negara maju. Unit Keusahawanan di setiap politeknik adalah tertakluk di bawah penyelarasan aktiviti keusahawanan oleh Pusat Keusahawanan Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia (CEDev), Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik.

Anchor 1
Our Services

Inkubator @ PHT

Inkubator adalah program pembangunan pelajar untuk meningkatkan jati diri dan perkembangan minat pelajar di dalam perniagaan. Matlamat program inkubator ini adalah mewujudkan perniagaan pelajar di dalam kampus bagi mempelajari ilmu-ilmu keusahawanan dan perniagaan berskala kecil. 

T&H Business Centre

Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) merupakan sebuah program yang bukan sahaja memberikan pelajar pemahaman yang luas tentang pelancongan tetapi juga merangkumi aspek keusahawanan dan pemasaran. Bagi memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar, mereka didedahkan dengan dunia perniagaan melalui penubuhan Inkubator T&H Business Centre yang berasaskan kepada perkhidmatan pelancongan dan hospitaliti sebagai pendedahan awal kepada pelajar dalam aspek keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan siswazah yang dapat menjana pendapatan melalui perniagaan.   

DRT Store Inkubator 

Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT) merupakan sebuah program yang bukan sahaja memberikan pelajar pemahaman yang luas tentang rekreasi tetapi juga merangkumi aspek keusahawanan dan pemasaran. Bagi memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar, mereka akan didedahkan dengan dunia perniagaan melalui penubuhan Inkubator DRT. Inkubator ini adalah berasaskan kepada penawaran barangan dan kelengkapan yang digunakan oleh pelajar-pelajar ketika menjalani kelas amali atau praktikal. Hal ini akan lebih memudahkan para pelajar untuk mendapatkan barangan keperluan bagi mengikuti kelas praktikal tersebut di samping lebih menjimatkan masa dan kos. 

Cafe Steseng.co

Diploma Pengurusan Resort (DHR) merupakan sebuah program yang bukan sahaja memberikan pelajar pengetahuan yang luas tentang pengurusan dan operasi resort tetapi juga merangkumi pemasaran tentang aspek keusahawanan dan pemasaran. Bagi memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar, mereka akan didedahkan dengan dunia perniagaan sebenar melalui penubuhan Inkubator DHR. Inkubator ini adalah melalui penubuhan kafe Steseng.co yang berasaskan kepada penawaran produk makanan dan minuman bagi mewujudkan kepelbagaian produk yang ditawarkan khususnya kepada warga PHT.

Trackmy Parcel System

You may track your parcel with Trackmy Parcel System by typing your TRACKING NUMBER here.

White Structure

Usahawan Graduan PHT 2024 

Unit Keusahawanan PHT

AKTIVITI KEUSAHAWANAN     PHT 2024 

20 -22 OGOS 2024 - PROGRAM USAHAWAN PERANTIS  (SPACE 3.0)

Satu bengkel Program Usahawan Perantis (SPACE 3.0) telah berlangsung selama 3 hari, bermula pada 20 Ogos hingga 22 Ogos 2024  bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.

Program  ini telah dihadiri oleh 6 orang pelajar PHT daripada program Diploma Akauntansi (DAT), iaitu Wan, semester 5, Ahmad Rauhah Bin Ahmad Roslan, Abdul Hakimi Bin Awang dan Muhammad Nur Aiman Bin Abdul Aziz, semester 6.

Pelbagai pengisian ilmu dan informasi berkaitan dengan usahawan dan keusahawanan yang telah disampaikan oleh penceramah yang telah di jemput oleh pihak urusetia program.

1 OGOS 2024 - BENGKEL PEMERKASAAN INKUBATOR KEUSAHAWANAN PolyCC 2024

Satu bengkel Pemerkasaan Inkubator Keusahawanan PolyCC 2024 telah berlangsung selama 4 hari, bermula pada 27 Julai 2024 sehingga 30 Julai 2024 bertempat di RHR Hotel Kajang, Wisma MKH, Bandar Kajang, Selangor.

Inkubator Keusahawanan PHT ini telah dihadiri oleh 3 orang pelajar semester 3 daripada program Diploma Pengurusan Resort (DHR), iaitu Ahmad Rauhah Bin Ahmad Roslan, Abdul Hakimi Bin Awang dan Muhammad Nur Aiman Bin Abdul Aziz. Turut bersama para pelajar adalah mentor inkubator iaitu Puan Nur Adlina Binti Haji Mohd.

Pelbagai pengisian ilmu dan informasi telah disampaikan oleh penceramah yang telah di jemput oleh pihak urusetia program sebagai persediaan dan perancangan awal untuk memulakan sebuah perniagaan baru di bawah konsep inkubator keusahawanan di Politeknik Hulu Terengganu.

7 MEI 2024 -  SOCIAL MEDIA MARKETING FOR                                                                   ENTREPRENEURS

Program: Social Media Marketing for Entrepreneurs

Tarikh: 7 Mei 2024

Lokasi: Aplikasi Zoom

Kerjasama: RD Kg Chepoh & Politeknik Hulu Terengganu.

Penceramah: Puan Mashitah Binti Zakaria

Tujuan: Menggalakkan penglibatan belia dan pelajar dalam bidang keusahawanan.

30 APRIL 2024 - PROGRAM PEMBUDAYAAN  KEUSAHAWANAN: “BENGKEL PEMBANGUNAN RANCANGAN PERNIAGAAN”

Unit Keusahawanan Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Rancangan Perniagaan pada 28.4.2024 (Ahad) secara dalam talian yang melibatkan semua pelajar yang mengambil kursus MPU 22012 Entrepreneurship iaitu pelajar daripada kelas DAT 4A, DHR 4A, DUP 2A, DUP 2B, DRT 2A dan DRT 2B.

Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah Puan Nor Shamila Binti Abdul Karim, yang mana telah berkongsi pengetahuan dan kepakaran beliau mengenai Keusahawanan dan Rancangan Perniagaan.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar mengenai kepentingan menyediakan rancangan perniagaan dan belajar lebih detail mengenai pengurusan pentadbiran, operasi perniagaan, pengurusan kewangan dan bagaimana mereka akan mempromosikan perniagaan mereka sama ada pemasaran secara melalui online ataupun offline. Selain menambahkan pengetahuan para pelajar dalam menyediakan rancangan perniagaan, bengkel ini juga diharap dapat membudayakan keusahawanan di PHT, serta menimbulkan minat para pelajar untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan semasa sedang belajar mahupun selepas tamat pengajian mereka nanti.

20 MAC 2024 - SISWAPRENEUR BAZARAIA PHT

Unit Keusahawanan PHT telah menganjurkan program Siswapreneur Bazaria PHT yang telah diadakan pada 17 Mac 2024 sehingga 27 Mac 2024. Program ini bertujuan untuk mengasah bakat keusahawanan para pelajar yang mengambil kursus MPU 22012 Entrepreneurship dan DTA 20152 Digital Entrepreneurship for Tourism & Hospitality serta menimba pengalaman berniaga disamping dapat menjana pendapatan mereka.

Pelajar telah berniaga di dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang dan bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Pelbagai juadah makanan dan minuman seperti nasi ayam, donut, sushi, kerabu maggi, sandwich, chuross, kuih muih, dan pelbagai jenis air telah dijual kepada warga PHT untuk juadah berbuka puasa.

Meet the Team

If you have any specific questions regarding Unit Keusahawanan @ PHT, feel free to contact our team:

Puan Nur Adlina Binti Haji Mohd

Mentor DRT Store Incubator

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
adlina.png
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
bottom of page