top of page

DRT STORE INCUBATOR

Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT) merupakan sebuah program yang bukan sahaja memberikan pelajar pemahaman yang luas tentang rekreasi tetapi juga merangkumi aspek keusahawanan dan pemasaran. Bagi memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar, mereka akan didedahkan dengan dunia perniagaan melalui penubuhan Inkubator DRT. Inkubator ini adalah berasaskan kepada penawaran barangan dan kelengkapan yang digunakan oleh pelajar-pelajar ketika menjalani kelas amali atau praktikal. Hal ini akan lebih memudahkan para pelajar untuk mendapatkan barangan keperluan bagi mengikuti kelas praktikal tersebut di samping lebih menjimatkan masa dan kos. 

​

Penubuhan Inkubator DRT adalah berasaskan kepada penawaran barangan dan kelengkapan yang digunakan oleh pelajar-pelajar ketika menjalani kelas amali atau praktikal seperti kursus Marine Recreational Tourism dan Terrestrial Recreational Tourism serta lain-lain kursus yang melibatkan aktiviti rekreasi. Pelajar-pelajar akan terlibat dalam aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan kewangan melalui perkongsian ilmu secara teori dan melaksanakan secara praktikal.

 

Secara umumnya, perlaksanaan Inkubator ini  dimulakan oleh seorang pelajar iaitu Muhammad Habibullah bin Md Radhi yang telah terpilih untuk mendapat dana dari Bank Rakyat sebanyak RM3000.00 melalui program Bank Rakyat Unipreneur 3.0. Melalui dana tersebut membolehkan pelajar terbabit untuk memulakan perniagaan dengan dibantu oleh dua orang pelajar yang juga dari program DRT dalam operasi perniagaan.

 

Inkubator  ini akan menyasarkan kepada pelanggan utama iaitu pelajar-pelajar PHT secara offline dan pelanggan umum melalui konsep online. Penggunaan secara digital ini juga akan lebih memberikan impak yang lebih besar dari sudut jualan dan pemasaran.

Meet the Team

balqis.png

PUAN BALQIS

MENTOR

KHUANIS.png

KHUANIS ATHIRA BINTI KHUZAIFA AZLI

DRT 3

KHUZAIFAH.png

NUR AZAH MASHITAH BINTI NORKHAIRUDIN 

DRT 3

FATIN SHAMIMI.png

FATIN SYAMIMI BINTI MUHD ZAID 

DRT 3

bottom of page