top of page

T&H BUSINESS CENTRE

Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) merupakan sebuah program yang bukan sahaja memberikan pelajar pemahaman yang luas tentang pelancongan tetapi juga merangkumi aspek keusahawanan dan pemasaran. Bagi memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar, mereka didedahkan dengan dunia perniagaan melalui penubuhan Inkubator T&H Business Centre yang berasaskan kepada perkhidmatan pelancongan dan hospitaliti sebagai pendedahan awal kepada pelajar dalam aspek keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan siswazah yang dapat menjana pendapatan melalui perniagaan.   

​

PERKHIDMATAN UTAMA

​

Penubuhan utama Inkubator T&H Business Centre adalah berasaskan kepada perkhidmatan pelajar sebagai agen kepada agensi-agensi yang menawarkan produk-produk hospitaliti seperti pelancongan, penginapan, pengangkutan, hiburan dan lain-lain. Melalui jalinan kolaborasi yang akan dilaksanakan bersama agensi-agensi yang menawarkan produk-produk tersebut akan memberi pendedahan kepada pelajar untuk terlibat dalam pelbagai skop tugas sebagai agen. Pelajar-pelajar akan terlibat dalam aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan kewangan melalui perkongsian ilmu secara teori dan melaksanakan secara praktikal sebagai agen kepada agensi-agensi tersebut.

 

PERKHIDMATAN SAMPINGAN

​

Pendedahan yang meluas kepada pelajar terhadap perniagaan bukan hanya memfokuskan kepada bidang pelancongan semata-mata. Skop ini diperluaskan dengan bidang-bidang sampingan lain iaitu:

 

  1.     Perkhidmatan percetakan

Perkhidmatan percetakan merupakan satu peluang perniagaan yang mendapat permintaan yang tinggi terutama dalam kalangan pelajar khususnya dan staf amnya. Ketiadaan penawaran perkhidmatan ini di politeknik menyebabkan pelajar-pelajar khususnya berdepan dengan masalah untuk mencetak tugasan-tugasan yang diarahkan oleh pensyarah selain cetakan dokumen-dokumen peribadi. Inisiatif Inkubator T&H Business Centre ini akan memudahkan pelajar-pelajar dan juga staf melalui penawaran perkhidmatan mencetak dokumen secara hitam putih atau bewarna, binding, laminate selain daripada perkhidmatan percetakan sijil.

 

 

   2.     Perkhidmatan kurier

Kurier merupakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar politeknik terutama pelajar yang terlibat dengan kursus MPU 22012 (Keusahawanan) yang memerlukan pelajar untuk melaksanakan urusniaga jual beli bukan sahaja secara offline tetapi juga secara online. Disebabkan kekangan jarak politeknik dengan syarikat kurier menyebabkan pelajar menghadapi masalah terutama dalam pengeposan barang kepada pelanggan. Justeru itu, T&H Business Centre mengambil inisiatif dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat kurier untuk memudahkan semua pelajar khususnya dan staf amnya mengepos dan menerima dokumen atau bungkusan secara lebih sistematik. Proses awal pengeposan dari pelajar atau staf dan penghantaran dokumen atau bungkusan kepada penerima ini akan diuruskan oleh pelajar inkubator. Manakala Syarikat kurier akan datang mengambil dan menghantar semua dokumen atau bungkusan secara berkala di T&H Business Centre.

Meet the Team

azizah.png

PUAN AZIZAH BINTI MOHD TAMAMUDDIN

MENTOR

YUVASRE.png

YUVASRE A/P KANTHASAMY

DUP 4A

Muhamad Irfan.png

​MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD HAFIZZUDDIN

DHR 3A

Muhamad Dezarul Firas.png

MUHAMMAD DEZARUL FIRAS BIN MOHD FITRI

DHR 3A

Siti Aisyah.png

Siti Aishah Binti A Rahaman

DUP 5A

Nik aida amelia.png

Nik Aida Amalia Binti Zameri

DUP 5A

bottom of page